KEMAHIRAN MEMBACA
Objektif 1 : membaca pelbagai perkataan, frasa, dan
ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
a )
Tajuk Bahan : Rusa yang bongkak
Di
sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak.
Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang
cantik.
”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa
itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa
itu tidak suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya
kakiku. Aku mahu kakiku cantik
juga. Aku mahu kelihatan cantik dari
kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang
melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing
menyalak. Rusa itu sedar yang anjing
pemburu sedang menuju ke tempat itu.
Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam
hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang
rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk
melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu.
Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu
dapat menolongnya melepaskan diri.
Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh
berlari laju. Rusa itu kini menyedari
kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi
memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu
kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak
semestinya membawa kebaikan.
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Teks cerita ini menceritakan tentang sikap sombong
seekor rusa yang tidak bersyukur terhadap pemberian Tuhan kepadanya. Dalam teks
cerita ini terkesan penggunaan pelbagai frasa, perkataan dan ayat serta dialog.
Murid boleh diajar bercerita dengan gaya intonasi yang betul berdasarkan teks
cerita.
b )
Tajuk Bahan : Kawan yang tidak jujur
Terdapat
seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik.
Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap
menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala
kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di
dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya
tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri
dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di
sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah
singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai
itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata
Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti
bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa
itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan
menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa
terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu
menjadi makanan singa.
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Teks
cerita ini menceritakan tentang sikap seekor rubah yang tidak jujur. Dalam teks cerita
ini terkesan penggunaan pelbagai frasa, perkataan dan ayat serta dialog. Murid
boleh diajar bercerita dengan gaya intonasi yang betul berdasarkan teks cerita.
Objektif 2 : membaca dan memahami perkataan dan frasa
yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
a )
Tajuk Bahan : Kerbau
Balar
Dalam
sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam
seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu,
kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan
makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa
kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua
kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada
suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan
menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
Pada
suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih
kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki
kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.
Ketika
kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri
ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah
kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Teks cerita ini menceritakan tentang sepasang kerbau
yang berlainan bentuk fizikal dengan kumpulan kerbau yang lain. Dalam teks cerita ini
terkesan penggunaan pelbagai frasa, perkataan, diftong serta vokal berganding. Melalui
cerita ini, guru boleh merancang aktiviti untuk murid membezakan diftong dan
vokal berganding di samping mengajar perkatan-perkataan baharu.
b ) Tajuk Bahan : Bahan rujukan diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung.
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini memaparkan beberapa contoh bahan yang
mengandungi beberapa perkataan dua atau suku kata, contoh diftong, digraf,
vokal berganding, konsonan bergabung. Melalui bahan ini guru boleh menerangkan
perbezaan
elemen-elemen
bahasa ini kepada murid dengan cara yang mudah.
Objektif 3 : membaca ayat tunggal
daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
a )
Tajuk Bahan :
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini memaparkan beberapa contoh bahan yang
mengandungi beberapa ayat tunggal yang mudah. Melalui bahan ini guru boleh menerangkan
perbezaan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Objektif
4
|
melakukan aktiviti pramenulis dengan betul
|
Tajuk
1
|
Ikut
saya. (Melukis bentuk-bentuk bebas di udara)
|
Kesesuaian
|
Aktiviti
ini dapat membantu pergerakan motor halus murid sekaligus dapat melatih murid
menulis huruf di tajuk yang akan datang.
|
Tajuk
2
|
Menyusun
benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
|
Kesesuaian
|
Lembaran
kerja ini memerlukan murid-murid untuk mencirikan benda mengikut bentuk,
warna atau ukuran.Latihan ini dapat membantu meningkatkan kemahiran pra
menulis dan koordinasi mata dan tangan murid.
|
Objektif
5
|
Menulis
secara mekanis pelbagai perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi perkataan
dua atau lebih suku kata,diftong, vokal berganding, digraf dan konsanan
bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik
|
Tajuk
bahan
|
Cerita
Anak ikan yang suka menipu
|
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran
|
Bahan
cerita ini merupakan cerita tentang Anak Ikan yang suka menipu. Cerita ini
mengandungi pelbagai frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau
lebih suku kata,diftong, vokal berganding, digraf dan konsanan bergabung
antaranya yang dikesan adalah vokal bergabung. Contohnya, murid membaca frasa
dan ayat dan mengenalpasti digraf dan konsonan bergabung dalam cerita,
kemudian menulis perkataan tersebut dengan cantik dan kemas
|
Contoh-contoh
|
Suatu,baiklah
|
Bahan
2
: Menulis
secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan
dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik.
Tajuk Bahan :
|
Musim
Kemarau
|
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran
:
|
Berdasarkan teks tersebut, murid
diminta untuk menggaris dan menyalin semula frasa dan ayat majmuk yang
terdapat di dalam teks yang diberi.
|
Bahan (Teks)
|
Sekarang musim kemarau. Cuaca sangat
panas. Semua kolam air menjadi kering. Ayam dan itik berasa sangat haus.
Mereka berjalan ke sana ke mari mencari air. Suatu hari, ayam dan itik
terserempak sebiji botol. Di dalamnya ada air. Ayam dan itik berebut-rebut.
Masing-masing mahu minum air itu. Tiba-tiba, botol itu terlepas lalu
terhempas ke tanah. Botol itu pun pecah. Air di dalamnya tumpah ke tanah.
Ayam dan itik sungguh kecewa. Sikap tamak mereka telah menyebabkan mereka
rugi.
|
Contoh
|
Ayat majmuk : Ayam
dan itik berasa sangat haus.
|
Objektif 6
|
menulis
perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul
|
Tajuk 1
|
Arnab yang Pemalas
Cerita
kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat.
Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan
masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita
buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab
arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh
di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita
tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi
esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.
Keesokan
pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik
kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan
sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi
cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah
kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,”
kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti
ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.
|
Kesesuaian
|
Bahan
ini merupakan cerita pendek yang mengandungi diftong, digraf, vokal
berganding dan konsonan bergabung yang telah digariskan. Menggunakan bahan
ini, murid dikehendaki mengklasifikasikan diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung dan menulis di dalam ruangan yang telah disediakan.
|
Tajuk 2
|
Aku sebatang pen
Aku
sebatang pen. Nama aku ialah Faber Castle. Saya dilahirkan di sebuah kilang
pada tahun 1975. Aku berwarna merah. Badan aku diperbuat daripada plastik.
Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan aku di bungkus di dalam kotak.
Kami dibawa ke sebuah kedai menaiki van.
Setelah kami tiba di kedai peralatan menulis, kami di pamerkan di sebuah rak
kaca. Seorang guru bernama Puan Siti membeli saya dengan harga RM 2.90.
Beliau selalu membawa saya ke sekolah. Beliau menggunakan saya untuk
menandakan buku latihan pelajar. Beliau juga amat sayang akan saya.
Setiap hari sebelum balik, beliau mesti
memastikan saya berada dalam begnya. Setelah tiga bulan, dakwat saya yang
berwarna merah itu kehabisan. Saya tidak dapat menolong tuan saya lagi. Saya
berasa sangat sedih. Beliau membeli sebatang pen merah yang baru. Saya
gembira kerana dapat kawan baru. Tetapi, tuan saya telah membuat keputusan
untuk membuang saya. Walaupun saya berasa sedih, namun berasa gembira kerana
dapat berjasa untuk tuan saya selama ini dengan rajin.
|
Kesesuaian
|
Guru mengkehendaki murid untuk
mencari perkataan yang
mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan betul
|
Objektif
7 :
Tertipu Berulang Kali
Di suatu hari, seorang lelaki sedang
dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik
seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia
mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai
tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa
keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan
panik.
Sampailah dia pada sebuah perigi. Di
tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki
itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu
adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.
Pencuri itu tidak menjawab, malah
dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.
"Mengapa kau menangis?"
tanya pemilik keldai kehairanan.
"Dompetku jatuh ke dalam perigi
ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan
berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan
mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"
Pemilik keldai pun berfikir,
"Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu
pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."
Dia segera membuka pakaiannya dan
turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat
apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.
|
Kesesuaian bahan dengan
kemahiran : Teks tersebut mengandungi tanda baca
seperti tanda seru, tanda tanya, noktah dan sebagainya. Pelajar perlu dibimbing
dengan membaca mengikut sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif
8
|
berbicara untuk menyampaikan
maklumat tantang sesuatu perkara dengan tepat dengan menggunakan perkataan
yang sesuai secara bertatasusila
|
Tajuk
1
|
|
Kesesuaian
|
Video ini memaparkan kisah sebuah
keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat dan berjimat cermat iaitu dengan
berkebun. Menggunakan bahan ini, murid-murid dikehendaki menyampaikan
maklumat yang mereka perolehi daripada video yang telah mereka tonton
menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila. Misalnya mengangkat
tangan atau meminta kebenaran daripada guru sebelum menjawab atau
menyampaikan maklumat yang mereka perolehi.
|
Tajuk
2
|
Belilah barang Malaysia Bahan mendengar bertutur\obj 8_tajuk 2Belilah Barang Malaysia.mp4
|
Kesesuaian
|
Manakala video ini pula merupakan
sebuah animasi yang menunjukkan suasana di sebuah pasar raya. Selain itu,
video ini juga menegaskan kepentingan membeli barangan buatan Malaysia. guru
boleh menggunakan bahan ini untuk bersoal jawab dengan murid dan meminta
murid menyampaikan maklumat yang mereka perolehi daripada video tersebut
menggunkan perkataan yang tepat dan sesuai.
|
OBJEKTIF 9
KAWAN YANG
TIDAK JUJUR
Terdapat
seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang
cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia
kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala
kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan
di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya
tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan
diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu
tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe
berjalan ke arah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya
akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang
lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas
kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe
kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita
pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai.
Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.
|
Kesesuaian bahan : Petikan
mempunyai kosa kata dan sesuai sebagai bahan
bacaan
sebagai menambah ilmu pengetahuan.
Bahan 2
|
|
Tajuk Bahan :
|
Menolong
Ibu
|
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran
:
|
Gambar
rajah akan ditunjukkan kepada murid. Kemudian guru membaca ayat tunggal yang berkaitan
gambar rajah. Murid menulis semula apa yang guru sebutkan.
|
Bahan :
|
No comments:
Post a Comment