REFLEKSI MINGGU 1 - 5
MINGGU PERTAMA
Minggu pertama merupakan minggu pengenalan kepada subjek ini iaitu Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3106). Topik
untuk minggu pertama ialah Penggunaan Enjin Pencarian Bahan Bahasa
Melayu. Terdapat banyak pengetahuan dan kemahiran yang telah penulis
lalui semasa melaksanakan tugasan amali minggu pertama ini.
Antara
kemahiran yang penulis telah pelajari dan aplikasi dalam pembelajaran
penulis ialah penulis belajar bagaimana menggunakan kata kunci dan frasa
yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu khususnya
untuk mengakses ataupun mencari sesuatu bahan pengajaran itu sama ada
dalam bentuk web, video, audio dan imej. Sebelum ini penulis tidak
menyedari bahawa sesuatu bahan yang hendak dicari itu khususnya dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu
memerlukan kemahiran yang khusus untuk mencari bahan menggunakan kata
kunci dan frasa yang khusus agar bahan itu mudah diakses dan didapati
serta lebih tepat. Maka, melalui amali pengajaran dan pembelajaran ini
penulis telah mempelajari satu kemahiran yang penulis tidak sedari
selama ini.
Dalam
minggu ini juga penulis telah belajar bagaimana untuk menyimpan bahan
yang dicari itu dalam bentuk fail dan juga internet. Melalui amali ini,
penulis belajar bagaimana untuk menyimpan bahan yang dicari itu dalam
bentuk alamat internet, fail internet, dan katalog internet. Selain itu,
penulis juga telah belajar untuk lebih mengkhususkan bahan tersebut
mengikut kategori dan pengkhususan yang spesifik agar bahan itu mudah
untuk digunakan sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran semasa
berada di sekolah nanti.
MINGGU KEDUA
Minggu kedua memerlukan penulis untuk melaksanakan amali mencari dan memilih bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet. Bahan-bahan yang penulis cari dan
pilih tersebut adalah dalam bentuk audio, video, grafik dan teks serta
mengumpul bahan tersebut dalam folder mengikut kemahiran lisan, membaca
dan menulis.
Sehubungan
dengan itu, penulis juga belajar bagaimana menggunakan bahan yang
dicari dan disimpan itu sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran murid-murid di sekolah dan penulis menyedari bahawa
guru hendaklah bijak untuk menggunakan bahan tersebut sebagai bahan yang
dapat membantu pembelajaran murid. Maka, melalui amali tugasan minggu
ini penulis telah banyak belajar bagaimana untuk mencari dan menyimpan
pelbagai bahan pengajaran yang sesuai untuk diaplikasikan murid di
samping penulis juga belajar bagaimana untuk menggunakan bahan tersebut
agar dapat membantu dan mempermudahkan proses pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
MINGGU KETIGA
Dalam minggu yang ketiga, penulis dikehendaki untuk mencari dan memuat turun bahan yang mengandungi Etika Penggunaan Internet. Bahan yang dicari itu juga hendaklah
dipindahkan dalam bentuk persembahan power point dan brosur. Maka,
minggu yang ketiga ini memerlukan penulis mencari dan memindahkan
maklumat pengetahuan dan kefahaman yang khusus kepada
peraturan-peraturan dan etika semasa menggunakan perkhidmatan internet.
Melalui
amali ini, penulis telah tahu dan sedar bahawa penggunaan, pengaksesan,
memuat turun, menaik turun dan sebagainya yang melibatkan bahan dalam
bentuk alam maya mempunyai peraturan, etika dan panduan yang perlu
dipatuhi agar bahan yang diakses tersebut tidak menyalahi dan melanggar
mana-mana undang-undang. Selain itu, penulis juga telah tahu bahawa
sesuatu bahan yang diperoleh itu mestilah mempunyai sumber dari mana
diperoleh agar bahan yang digunakan tersebut tidak dimanipulasi oleh
mana-mana pihak dan hak ketulenan bahan tersebut masih ada. Oleh itu,
melalui amali yang dilalui penulis dalam minggu ini telah memberi dan
menyedarkan penulis bahawa bahan yang diakses itu mempunyai haknya
tersendiri dan tidak boleh digunakan atau dieksploitasi sesuka hati
tanpa kebenaran.
MINGGU KEEMPAT
Minggu
yang keempat memerlukan penulis untuk mencari bahan-bahan yang
dikhususkan dalam mata pelajaran sastera, tatabahasa, dan ilmu serta
bidang lain. Bahan-bahan yang dicari tersebut hendaklah dikategorikan
mengikut folder dan sub-folder agar bahan yang dicari serta disimpan itu
mudah untuk digunakan apabila diperlukan sebagai bahan bantu pengajaran
dan pembelajaran semasa di sekolah nanti.
Selain
itu, bahan-bahan yang dicari dan disimpan mengikut folder bukan sahaja
semata-mata untuk penulis memahiri sesuatu kemahiran yang melibatkan
pengajaran berbantukan komputer, malah tugasan yang diberikan juga
sebenarnya banyak menyediakan penulis untuk mempelbagaikan bahan
pengajaran dan pembelajaran melalui konsep penggabungjalinan mata
pelajaran dalam Bahasa Melayu.
MINGGU KELIMA
Tugasan
minggu kelima mengkehendaki penulis untuk membina dan menggunakan tapak
dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Di akhir pembelajaran pada minggu kelima ini, penulis akan dapat
membina tapak pembelajaran dan juga laman web bagi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, amali pada minggu ini dapat
memberi penulis satu lagi pengetahuan dan juga kemahiran dalam membina
laman web sendiri sebagai satu kemahiran di mana penulis dapat berkongsi
ilmu dan pengetahuan serta kemahiran dengan rakan-rakan laman yang
lain.
Melalui
tugasan ini, banyak perkara baru yang penulis pelajari dan mahiri.
Antara kemahiran yang penulis dapat pelajari ialah bagaimana untuk
membina tapak pembelajaran. Sebelum ini penulis hanya tahu menggunakan
sesuatu tapak pembelajaran itu yang dihasilkan oleh individu lain namun
melalui tugasan ini penulis dapat merasai sendiri pengalaman bagaimana
untuk membina laman. Laman yang penulis hasilkan adalah khusus untuk
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melaluinya, penulis dapat
memindahkan sesuatu pengajaran tersebut dalam bentuk pembelajaran
kendiri yang boleh digunakan oleh individu tertentu tanpa pengajaran
guru. Ini sebenarnya dapat memberi dan meningkatkan lagi pengetahuan
seseorang individu tersebut melalui kerja sendiri di samping dapat
menghasilkan sesuatu pembelajaran yang berkesan kerana mudah untuk
digunakan, arahan yang ringkas, penuh dengan grafik, berwarna-warni dan
sebagainya. Selain itu, melalui pengetahuan dan kemahiran ini penulis
juga dapat menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar yang mana dapat
memudahkan lagi satu-satu proses pengajaran tersebut.
Di
samping itu, tugasan minggu ini juga dapat memberi pengetahuan dan
kemahiran yang kepada penulis untuk membina laman sendiri. Sehubungan dengan itu, laman web
yang dihasilkan juga bukan sahaja dapat penulis berkongsi bahan dengan
rakan lain malah dapat bertukar-tukar pandangan mengenai sesuatu topik
yang dibincangkan agar pengetahuan dan pengalaman itu dapat dikembangkan
seterusnya dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pelayar
laman agar terus dapat memberi sumbangan khususnya melalui Bahasa
Melayu.
Sila catatkan ruangan refleksi
ReplyDeleteOk cikgu
ReplyDelete